Antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan/merekod diri atau pelanggan sebanyak 75 kes, tidak memakai pelitup muka (61), aktiviti perjudian (52) dab rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran adalah 37 kes.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 253 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan Pertahanan itu berkata, daripada jumlah itu, seramai 231 dikompaun manakala 22 lagi direman.

Jelas beliau, antara kesalahan direkodkan ialah gagal menyediakan peralatan/merekod diri atau pelanggan sebanyak 75 kes, tidak memakai pelitup muka (61), aktiviti perjudian (52) dab rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran adalah 37 kes.

Kesalahan lain menurutnya, tiada penjarakan fizikal (21), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (enam) dan tiada dokumen pengenalan diri hanya satu kes.

“Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat 72,547 pemeriksaan semalam bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Seramai 3,483 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,347 anggota telah membuat pemantauan di 6,119 buah restoran, pasar raya (4,607), bank (4,357), penjaja (2,502), pasar awam atau tani (2,140), kilang (1,664) dan pejabat kerajaan (964).

Turut dipantau ialah tempat ibadah sebanyak 3,661 buah, tempat riadah (1,682), terminal pengangkutan darat (1,290), terminal pengangkutan air (278) dan terminal pengangkutan udara adalah 137 kes,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – MalaysiaGazette