Prof. Dr. Mohd. Hamdi Abd. Shukor

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) telah mewujudkan saringan yang ketat bagi penilaian pelantikan dan kenaikan pangkat ahli akademik di universiti ini.

Naib Canselor UM, Profesor Datuk Ir. Dr. Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, penilaian pelantikan dan kenaikan pangkat ahli akademik di UM perlu melalui proses yang sangat panjang dan paling ketat di antara universiti-universiti awam yang lain.

UM juga telah memperkenalkan penilaian indeks prestasi utama (KPI) secara pointer system bagi pelantikan dan kenaikan pangkat para akademik di UM.

”Selain itu, UM juga mempunyai mekanisma tersendiri dalam mengelakkan penerbitan jurnal pemangsa.

Antara mekanisma yang digunakan di UM bagi memastikan penerbitan jurnal yang berkualiti ialah artikel penyelidikan UM mesti diterbitkan dalam jurnal berindeks WoS bagi Sains dan Teknologi,” katanya yang mengulas dakwaan berkaitan penerbitan jurnal pemangsa sebagai jalan pintas untuk dilantik sebagai profesor di universiti.

UM adalah sebuah universiti penyelidikan terbaik dalam negara dan juga berada di kedudukan 60 terbaik di dunia. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast