Ahli Lembaga Gabenor (BOG) UIAM, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin

KUALA LUMPUR – Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dilantik sebagai Ahli Lembaga Gabenor (BOG), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkuatkuasa 1 Disember tahun lalu  hingga 30 November 2022.

Surat perlantikan telah disampaikan oleh Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Sementara itu, Duta Besar Bangladesh ke Malaysia, Md. Golam Sarwar turut dilantik sebagai BOG UIAM mewakili kerajaan Bangladesh dan lantikan beliau bermula 28 Disember lalu.

Dzulkifli berharap perlantikan Wan Zulkiflee dan Golam Sarwar dapat membantu UIAM  memperluaskan lagi jaringan dalam pelbagai bidang di peringkat global.

Wan Zulkiflee merupakan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas dan kini dilantik sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Malaysia Airlines Bhd dan DRB-HICOM Bhd serta Ahli Lembaga Pengarah Exxon Mobil yang berpangkalan di Texas Amerika Syarikat (AS). – MalaysiaGazette