broken system Malaysia pandemic crises management crisis Jaringan Profesional Malaysia

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan lagi kluster baharu Covid-19 dikenalpasti hari ini.

Daripada jumlah itu, tujuh kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan komuniti, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Lima daripada kluster baharu hari ini dikesan di Johor iaitu Kluster Jalan Scientex Jaya (13 kes), Kluster Jalan Mega Teknologi (14 kes), Kluster Jalan Permas Sembilan (20 kes), Kluster Jalan Gemilang Satu (15 kes) dan Kluster Jalan Tampoi Besi (40 kes).

Tiga lagi kluster direkodkan di Kelantan, Perak dan satu kluster komuniti di Sarawak.

Kluster-kluster itu adalah Kluster Jalan Tasek Avenue di Perak dengan 211 kes, Kluster Kampung Pulau Raja di Kelantan dengan 60 kes dan Kluster Buloh di Sarawak dengan 28 kes.

“Kluster Jalan Tasek Avenue daerah Kinta di Perak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 26 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Tasek Avenue, Tasek Industrial Estate, Ipoh.

“Sehingga 27 Februari 2021, sejumlah 524 individu telah disaring.

“Kluster Kampung Pulau Raja melibatkan daerah Kota Bharu di Kelantan. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-266367) dilaporkan positif COVID-19 pada 15 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu.

“Kluster Buloh melibatkan daerah Selangau di Sarawak. Kes indeks dalam kluster ini (iaitu kes ke-285577) dilaporkan positif Covid-19 pada 22 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala.

“Nama kluster merujuk kepada tempat kediaman kes indeks iaitu di Kampung Sungai Buloh, Selangau, Sibu. Sehingga 27 Februari 2021, sejumlah 68 individu telah disaring,” jelas Noor Hisham.

Untuk rekod jumlah kluster kini adalah sebanyak 1,129 kluster dengan 644 kluster telah tamat dan 485 kluster masih aktif. – MalaysiaGazette