Seorang penunjuk perasaan menunjukkan plakad dalam demontsrasi menentang tentera di bandar Myanmar.

YANGON – Dua terbunuh manakala beberapa orang lagi cedera selepas polis Myanmar melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan pada hari kedua tindakan keras dijalankan ke atas orang ramai yang terlibat dalam demonstrasi di seluruh negara, kata seorang doktor dan seorang ahli politik.

Myanmar mengalami kekacauan sejak tentera merampas kuasa dan menahan pemimpin pemerintah terpilih Aung San Suu Kyi dan sebahagian besar pemimpin partinya pada 1 Februari lalu.

Tentera mendakwa berlaku penipuan dalam pilihan raya November yang dimenangkan oleh partinya dalam keadaan tewas.

Rampasan kuasa, yang menghentikan langkah sementara Myanmar menuju demokrasi setelah hampir 50 tahun pemerintahan tentera, telah menarik ratusan ribu orang ke jalan raya dan mendapat kecaman negara-negara Barat.

Polis melepaskan tembakan di beberapa bahagian di bandar utama Yangon setelah bom tangan dan gas pemedih mata gagal menyuraikan orang ramai.

Seorang lelaki dibawa ke hospital dengan luka akibat terkena peluru di dada dan mati, kata seorang doktor.

Polis juga melepaskan tembakan di bandar selatan Dawei, mengorbankan seorang dan mencederakan beberapa orang, kata ahli politik, Kyaw Min Htike.

Saluran media Dawei Watch juga mengatakan sekurang-kurangnya satu orang terbunuh dan lebih daripada sedozen cedera.

Polis juga bertindak ke atas protes besar di bandar kedua Mandalay dan di bandar timur laut Lashio, kata penduduk di sana.

Pemimpin Junta, Jeneral Min Aung Hlaing mengatakan pada minggu lalu bahawa pihak berkuasa menggunakan kekuatan minimum untuk menangani tunjuk perasaan.

Walaupun begitu, sekurang-kurangnya lima penunjuk perasaan telah mati dalam kemelut tersebut.

Tentera juga mengesahkan seorang anggota polis telah terbunuh.

Tindakan keras itu menunjukkan tekad oleh pihak tentera dalam menghadapi penentangan yang meluas, tidak hanya di jalanan tetapi lebih luas lagi di bidang seperti perkhidmatan awam, pentadbiran perbandaran, badan kehakiman, sektor pendidikan dan kesihatan dan media. – MalaysiaGazette