Stephan Chow bersama Ng Man Tat (kanan).

KUALA LUMPUR – Aktor Hong Kong terkenal, Ng Man Tat meninggal dunia semalam pada usia 70 tahun selepas dia disahkan menghidap barah hati sebelum ini.

Aktor tersebut menjadi popular menerusi lakonannya bersama pelakon komedi tersohor, Stephen Chow dalam filem Shaolin Soccer.

“Dia menjalani rawatan kemoterapi sejak dua bulan lepas selepas melakukan pembedahan namun tahap kesihatannya merosot dan koma.

“Dia telah dipindahkan ke unit rawatan rapi sebelum para petugas perubatan menasihati ahli keluarga untuk menerima sebarang kemungkinan ,” kata laporan media Hong Kong.

Ng bertarung dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu selama beberapa tahun kebelakangan ini.

Dia memulakan karier seninya ketika berusia 22 tahun pada 1973 dan cukup dikenali dalam beberapa filem bersama pelakon komedi Stephen Chow antaranya The Final Combat, The Justice of Life selain Shaolin Soccer. – MalaysiaGazette