Adnan Mat

KUALA LUMPUR – Penjawat akan sentiasa mendukung aspirasi kerajaan bagi memastikan segala usaha membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19 berjalan dengan lancar.

Sebagai Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) berharap kerajaan memberikan sepenuh kepercayaan terhadap perkhidmatan dan kesetiaan para penjawat awam dalam membantu kerajaan memartabatkan pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat.

Presidennya, Adnan Mat berkata, selaku tulang belakang kepada pentadbian negara, penjawat awam sudah tentu memainkan peranan penting dalam menggerakkan usaha dan melaksanakan segala polisi serta dasar terkini kerajaan.

“Bagai aur dengan tebing seperti yang disebut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, penjawat awam dan kerajaan pada hari ini tidak dapat dipisahkan kerana fokus utama kedua-dua pihak adalah untuk membantu rakyat dan menjadi pemudah cara kepada sektor ekonomi

“Penjawat awam dan pemimpin kerajaan haruslah bergerak dengan seiring tanpa sebarang prejudis bagi memastikan setiap dasar dan polisi yang dilaksanakan dapat berjalan dengan lancar demi kebaikan rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru tambah beliau, CUEPACS juga berharap kerajaan sentiasa memberi kepercayaan kepada penjawat awam kerana setiap tindakan yang dilakukan mereka adalah untuk negara dan rakyat.

Ujarnya, sejak berlakunya perubahan kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 hingga pada hari ini, CUEPACS melihat tiada masalah untuk penjawat awam berpegang teguh kepada prinsip mendukung kerajaan.

” dan tiada masalah dalaman yang berlaku kerana setiap penjawat awam sentiasa berpegang teguh kepada prinsip profesionalisme dan neutralisasi yang tinggi dalam tugasan masing-masing.

“CUEPACS berharap segala dasar dan polisi yang diperkenalkan oleh kerajaan mampu dilaksanakan dengan berkesan oleh setiap penjawat awam di peringkat negeri dan persekutuan.

“Kejayaan dalam melaksanakan setiap dasar dan polisi sudah tentu menjadi pemangkin kepada pemulihan semula ekonomi negara yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19,” katanya. – MalaysiaGazette