KUALA LUMPUR – Beberapa inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sentiasa peka dan prihatin terhadap permasalahan yang dialami rakyat.

Ketua Badan Pimpinan Negeri, Wilayah Persekutuan (BPNWP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya berkata, Perdana Menteri merasai denyut nadi rakyat dan disebabkan itu keputusan diambil dengan menumpukan bantuan-bantuan tertentu kepada golongan sasaran.

Katanya, kerajaan telah melakukan sedaya upaya untuk memulihkan semula ekonomi selepas negara dilanda pandemik yang belum pernah dilalui sebelum ini.

“Kita tahu bukan mudah untuk melakukan semua itu tetapi atas keyakinan serta asas yang kukuh negara ini dapat dipacu dengan baik oleh pemerintah.

“Rakyat wajar memberi sokongan padu kepada kerajaan. Hanya memberikan sokongan yang kuat segala yang dihajat akan dapat dilestarikan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Muhammad Suhaimi menambah, dalam apa jua keadaan kerajaan sering berpaksikan kepada keperluan rakyat dan perkara itu dijadikan asas dalam setiap perkara yang akan dicaknakan.

Ujarnya, disebabkan itu jugalah setiap apa yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan pasti ianya mampu memberi faedah kepada semua lapisan masyarakat tidak kira agama, bangsa mahupun fahaman politik.

Muhammad Suhaimi Yahya

Hari ini, Muhyiddin ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin di Putrajaya mengumumkan menyediakan bantuan secara bersasar dalam tempoh terdekat kepada kumpulan rentan, terutamanya golongan miskin serta golongan yang mengalami kehilangan pendapatan.

Katanya, ia termasuk meningkatkan sokongan kepada perniagaan, khususnya perniagaan yang masih tidak dapat beroperasi dan perniagaan yang sedang dalam proses pembukaan semula pasca perintah kawalan pergerakan (PKP). – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Bullshit! kerajaan double standard dlm banyak perkara…terbaru Tim Menteri blh rentas negara & melawat keluarga di New Zealand…rakyat tak de keluarga dan tak boleh rentas negeri…kalau Muhyidin ada telor, pecat Timb. Menteri ni…tp nak pecat apa? Muhyidin yg bagi cuti dan renatas negara…mcm bangang!

Comments are closed.