Bendera Iran, foto Reuters

DUBAI – Iran menegaskan Amerika Syarikat (AS) perlu menarik semula sekatan terhadap negara itu terlebih dahulu jika Washington mahu mengadakan rundingan untuk menyelamatkan perjanjian nuklear 2015.

“Pentadbiran Presiden Joe Biden harus mengubah polisi tekanan maksimum yang dilakukan oleh Donald Trump terhadap Teheran.

“Jika mereka mahu perbincangan dengan Iran, pertama mereka perlu menarik kembali sekatan,” kata jurucakap Kementerian Luar Negeri, Saeed Khatibzadeh.

Menurut beliau, Tehran akan terus bekerjasama dengan pengawas nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu walaupun telah mengurangkan kerjasama, – MalaysiaGazette