Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases deaths Malaysia
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tujuh lagi kluster baharu Covid-19 hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, enam daripada kluster tersebut berkaitan tempat kerja manakala satu lagi melinbatkan kumpulan berisiko tinggi.

“Kluster-kluster baharu itu adalah Kluster Taman Alam, Kluster Jalan Mawar, Kluster Sementa 27, Kluster Jalan DPB Enam, Kluster Jalan Cyber Satu, Kluster Persiaran Bayan Indah dan Kluster Jalan Bukit Blossoms,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Noor Hisham memberitahu, enam kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Jalan Kluang, Kluster Taman Sejahtera, Kluster Jalan
Labuk, Kluster Jalan Ragum, Kluster Industri Indah,
dan Kluster Jalan Mega.

Dalam pada itu menurut Noor Hisham, enam daripada kes kematian yang dilaporkan hari ini, tiga daripadanya di Selangor manakala masing-masing satu di Sabah, Kuala Lumpur dan Perak.

Empat daripada pesakit yang meninggal dunia mempunyai latar belakang berpenyakit manakala dua lagi tiada rekod. – MalaysiaGazette