Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

KUALA LUMPUR – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Zulkifli Muhammad Al-Bakri  berkata, kerajaan Arab Saudi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung musim haji 2021.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan semua bakal haji Malaysia untuk sentiasa bersedia.

Katanya, para bakal haji dinasihatkan untuk mengikuti kursus asas mingguan yang dianjurkan Tabunng Haji secara dalam talian.

Mereka juga perlu menjaga kesihatan diri dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman.

Ini kerana ibadat tersebut katanya, menuntut kekuatan fizikal dan mental.

Ibadat haji pada tahun lalu dibatalkan ekoran pandemik Covid-19.

Namun begitu, kerajaan Arab Saudi telah mula menerima kira-kira 100 jemaah umrah dari luar negara sejak 1 November lepas.- MalaysiaGazette