Anggota bomba giat mengangkat bahan binaan lebuhraya SUKE menimpa van yang membawa beberapa pekerja di jalan Lingkaran Tengah II, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 03 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Sebuah lori treler yang membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) sehingga menyebabkan kesesakan teruk di Lebuhraya MRR2.

Kejadian tersebut disahkan oleh Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd., iaitu pemaju lebuh raya tersebut.

Untuk rekod, lori trailer tersebut tidak terlibat di dalam pembinaan lebuh raya SUKE.

Kemalangan berlaku di Lebuhraya MRR2 berhampiran Bandar Tasik Selatan.

Pasukan bomba sedang berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan.

Pihak SUKE akan mengeluarkan kenyataan susulan berkaitan insiden ini dari masa ke semasa.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette