Dua jenazah mangsa yang terperangkap di dalam sebuah van pekerja selepas dihempap sebahagian struktur tapak pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Foto HAFIZ SOHAIMI, 03 MAC 2021.

KUALA LUMPUR – Pemandu treler yang melanggar kerangka besi di kawasan pembinaan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah hingga mengakibatkan dua penumpang van kilang terbunuh direman selama empat hari hingga 7 Mac ini.

Ketua Polis Dang Wangi, Asst Comm Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan perintah reman itu.

Pemandu berusia berusia 40 tahun itu direman bagi siasatan di bawah di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Dalam tragedi itu, pemandu treler yang berasal dari Perak itu tidak mengalami sebarang kecederaan. – MalaysiaGazette

Runtuhan binaan SUKE: Pemandu treler positif dadah