Perkembangan harian Covid-19 di dalam negara hari ini terus menunjukkan penurunan apabila setakat 24 jam lalu hanya merekodkan sebanyak 7,373 kes. - Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 14 lagi kluster baru hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 12 daripadanya membabitkan tempat kerja dan masing-masing satu daripada kumpulan berisiko tinggi serta komuniti.

Kelima-lima kluster dikesan di Selangor, enam di Johor, dua di Pulau Pinang dan satu di Negeri Sembilan, katanya dalam sidang media hari ini.

Kluster-kluster itu adalah Jalan Bukit Tiga, Jalan Damansara, Industri Subang, Jasmine Empat, Lagenda Suria, Jalan Distripark B6, Jalan Maju Satu, Jalan Kabel Gemilang, Batu 21, Tapak Bina Queens Waterfront, Jalan Bukit Nenas, Tapak Bina Nilam Sari, Jalan Limau Manis dan Persiaran Kempas Baru.

Menurut Noor Hisham, sebanyak 490 kluster masih aktif dengan terdapat pertambahan kes baharu di 76 kluster hari ini.

Jelasnya, kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Kluster Lorong Bakau (90 kes), Kluster Jalan Kebun Nenas (90 kes), dan Tapak Bina Queens Waterfront (87 kes).

Tambah beliau, sebanyak 11 kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Bukit Pasir, Kluster Tapak Bina Bukit Sebukor, Kluster Kampung Balibata, Kluster Jalan Usaha, Kluster Batu Enam, Kluster Persiaran Tanjung, Kluster Kampung Pahi, Kluster Jalan Seri, Kluster Taman Bahagia, Kluster Kampung Pulau Jawa dan Kluster Taman Amalina. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast