Everton mengimpikan slot kempen liga juara eropah musim hadapan dan yakin berpeluang cerah merealisasikannya dengan kedudukan semasa dalam carta EPL.

LONDON – Everton mengintai salah satu slot untuk beraksi pada Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan dan kini pasukan itu berada pada landasan yang betul untuk mencapainya.

Bagaimanapun Pengurusnya, Carlos Ancelotti berkata, mutu perlawanan the Toffees masih perlu diperbaiki walaupun menang tipis 1-0 ke atas West Bromwich Albion pda aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi.

Gol menerusi tandukan Richarlison pada minit ke-65 terus menghantui West Bromwich yang bergelut untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Kemenangan itu membolehkan Everton mengumpul 46 mata daripada 26 perlawanan dan menduduki tangga kelima liga.

“Pada awal musim, tiada siapa yang boleh mengatakan bahawa Everton akan berada pada tahap ini selepas 26 perlawanan.

“Impian kami adalah beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah. betapa hebat kalau pasukan kami beraksi layak ke kempen berprestij itu.

“Lagipun ini adalah satu kemajuan Everton dalam dunia bola sepak (mara ke kempen liga juara-juara Eropah),” katanya. – MalaysiaGazette