Antara 29 wanita asing dari Thailand, Vietnam dan Indonesia yang ditahan terlibat kegiatan pelacuran di hotel dan premis rumah urut ibu negara malam tadi oleh Polis dan DBKL.-Kredit: DBKL

KUALA LUMPUR – Kegiatan pelaburan yang berselinduing di belakang hotel dan rumah terbongkar apabila premis perniagaan itu diserbu pasukan pencegahan maksiat dan judi (D7) polis Ibu Pejabat Kontijen (IPK) Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Menurut kenyataan DBKL, dalam serbuan berasingan Operasi Tindakan Khas terhadap dua premis rumah urut di dua lokasi berasingan di Jalan Metro Perdana Barat, Kepong dan Jalan Pudu Ulu, Cheras polis mendapati kedua-dua premis itu tidak memiliki lesen perniagaan rumah urut dan sebuah hotel melanggar syarat lesen dengan menjalankan kegiatan seks.

“Kami berjaya mendapat maklumat berlakunya kegiatan pelacuran di kedua-dua premis itu hasil risikan awal dan di dalam terdapat 16 struktur dinding dibina khusus untuk kegiatan pelacuran itu menggunakan wanita warga asing.

“Hasil semakan di kedua-dua premis berkenaan, kita menemui seramai 29 orang wanita tukung urut disyaki pekerja seks.

“Pemeriksaan lanjut pasukan penguatkuasa kesemua wanita tukang urut itu merupakan warganegara Vietnam, Thailand, Indonesia dan empat orang warga tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis ditahan bersama kesemua wanita asing itu untuk proses dokumentasi DBKL sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” kata DBKL dalam kenyataan di laman Facebook hari ini.

Antara 29 wanita asing dari Thailand, Vietnam dan Indonesia yang ditahan terlibat kegiatan pelacuran di hotel dan premis rumah urut ibu negara malam tadi oleh Polis dan DBKL.-Kredit: DBKL

Menurut DBKL, pasukan penguatkuasaan telah mengeluarkan satu notis kompaun di bawah Seksyen 3(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (W.P.K.L.) 2016 , 1 Notis Pemberitahuan Tentang Kesalahan di bawah Seksyen 29, Akta Hotel (W.P.K.L.) 2003.

Tambahnya, satu lagi premis telah ditutup serta merta mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Tindakan meroboh 16 struktur dinding yang dijadikan bilik tanpa kelulusan di premis berkenaan turut dilaksanakan DBKL.

“Selain itu DBKL turut menyita terhadap 55 pelbagai peralatan di premis turut dilakukan (television, monitor, CCTV Recoders, CCTV, kondom, minyak pelincir, ampilfier dan lain-lain peralatan).

Premis rumah urut dan hotel yang menjalankan kegiatabn pelacuran menggunakan 29 tukang urut wanaita asing sebagai pelacur di dua lokasi di ibu negara berjaya digempur dan disita polis D7 IPK Kl dan DBKL semalam.Kredit Foto: DBKL.

“Tindakan penguatkuasaan dilakukan di bawah Akta Hotel (W.P.K.L.) 2003, Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (W.P.K.L.) 2016 dan mengikut bidang kuasa serta S.O.P DBKL dan pihak PDRM.

“Operasi dan kerjasama ini akan diteruskan dari masa ke semasa dan sebarang aduan, warga kota boleh menyalurkan kepada pihak DBKL secara atas talian http://ispaaadbkl.dbkl.gov.my/eApps/system/index.do,” kata pihak berkuasa tempatan itu. – MalaysiaGazette