Takiyuddin Hassan Covid-19 positive
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – “Kawan baik kawan sepanjang masa; susah atau senang, kalah ataupun menang,” itu kata Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata demikian di tengah-tengah polemik yang berlaku di antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menerusi ciapannya di akaun Twitter Takiyuddin berkata, kawan yang baik akan bersama-sama tidak kira apa juga keadaan, sama ada kalah atau menang.

Pas pula katanya, merupakan ‘parti berkawan dan berkawan-kawan’.

“Kawan baik kawan sepanjang masa; susah atau senang, kalah ataupun menang.

“Kawan Terbaik kawan yang boleh berkawan baik dengan kawan kita… Pas parti berkawan dan berkawan-kawan.#stayunitedstaystrong,” tulisnya.

Semalam Bersatu yang bermesyuarat Ahli Majlis Tertinggi (AMT) menganggap tindakan UMNO yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan memberi implikasi besar kepada kerjasama antara kedua-dua parti tersebut pada masa hadapan.

Berikutan itu, Bersatu memutuskan untuk memberi tumpuan terhadap usaha memperkasakan gerak kerja bersama rakan dalam Perikatan Nasional (PN) iaitu Pas, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Gerakan bagi berhadapan dengan pilihan raya yang akan datang.

Keputusan itu susulan pendirian UMNO yang disepakati menerusi mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada 19 Februari 2021 di Janda Baik, Pahang.– MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.