.KUALA LUMPUR – Kisah taktik warga Bangladesh mempergunakan isteri warga tempatan manjalankan sindiket penyeludupan sejak 15 tahun lalu terus terbongkar di Ipoh baru-baru ini.

Antaranya mereka membawa barangan masuk ke negara ini tanpa membayar cukai, tiada lesen import, ubat-ubatan import tanpa berdaftar dan banyak lagi kesalahan lain.

Malah lelaki warga Bangladesh itu dikatakan menghasilkan rokok tiruan (chewing tobacco), akij beedi (curut) dari India serta menjualnya secara haram, terutama untuk pelanggan warga India dan Bangladesh.

Apa yang lebih membimbangkan, suspek juga terlibat dengan pengedaran ubat tiruan jenama terkenal yang mungkin membahayakan pengguna.

Pada bulan lepas MalaysiaGazette mendedahkan sindiket didalangi lelaki itu yang mana beberapa premis yang didaftarkan atas nama isterinya diserbu di Ipoh.

Kini, taktik sama telah diguna pakai oleh individu lain, juga warga Bangladesh, namun berjaya dihidu oleh pihak berkuasa.

Apa yang menimbulkan persoalan ialah bagaimana seseorang berstatus warga asing mampu melakukan kerja-kerja terlarang dengan menggunakan warga tempatan untuk tempoh lebih 15 tahun.

Menurut sumber MalaysiaGazette, tangkapan kali ini jauh lebih dasyat kerana pihak berkuasa telah menyerbu empat daripada lapan buah kilang yang menghasilkan pelbagai produk import tanpa lesen di Ipoh pada awal minggu ini.

Selain itu, empat buah kedai yang didaftarkan atas nama isteri itu lelaki ini turut menggunakan pekerja warga asing.

“Bayangkan berapa puluh juta kita hilang kerana perbuatan lelaki ini yang mengelak dari bayar cukai? Bukan setahun dua tapi berbelas tahun. Kerajaan hilang cukai kastam, cukai pendapatan dan SST.

Pihak berkuasa menyerbu salah sebuah kilang dan kedai yang dipercayai digunakan menghasilkan barangan tiruan serta import dari Bangladesh secara haram.

“Lelaki Bangladesh ini telah berkahwin dengan wanita tempatan, jadikan dia kambing hitam selama ini untuk lakukan semua kerja-kerja jenayah ini.

“Kami juga mendapat tahu ada lagi beberapa stor dan kilang di kawasan Ipoh, Pulau Pinang, Johor, Sungai Buloh dan Cameron Highlands untuk tindakan seterusnya,” katanya.

Kata sumber itu, Jabatan Kastam DiRaja Malaysia telah menyerbu beberapa premis lain yang didaftarkan atas nama isterinya.

Dalam pada itu, MalaysiaGazette turut diberikan beberapa keping gambar serbuan serta video operasi berkenaan yang turut menggegarkan penduduk setempat.

Difahamkan pihak berkuasa ketika ini sedang giat mengesan kilang pemprosesan bahan-bahan tiruan itu manakala isteri suspek telah ditahan dan dilepaskan dengan jaminan.

Beberapa lelaki warga asing ditahan ketika serbuan dilakukan namun status terhadap mereka belum dapat disahkan. -MalaysiaGazette

Warga Bangladesh guna nama isteri jual ubat seludup, tiruan

2 Komen

  1. Hadkan warga asing permit kerja 3D sahaja untuk menyara anak-bini warga tempatan dan bukannya permit berniaga untung lumayan bersaing dengan warga tempatan berniaga pun susah.

  2. Tangkap dan bicara selesai jalani hukum hantar blek bangla dan senarai hitam kan dri masuk ke malaysia.ibarat menolong anjing tersepit

Comments are closed.