Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) menjelaskan sistem pemilihan kes untuk tindakan penguatkuasaan LHDNM adalah berdasarkan kriteria daripada sudut kegagalan mematuhi perundangan percukaian semata-mata.

Ini kerana, LHDNM tidak menyimpan maklumat kaum, agama apatah lagi kecenderungan politik individu di dalam pangkalan datanya kerana maklumat sebegini tidak membantu penilaian risiko sesuatu kes.

Tegasnya, aktiviti audit atau siasatan ke atas mana-mana individu termasuk ahli politik bertujuan untuk memastikan pematuhan kepada undang-undang percukaian yang berkuatkuasa.

Pada masa yang sama, maklumat individu atau syarikat yang dikenakan tindakan audit dan siasatan juga tidak didedahkan oleh LHDNM kerana tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan, katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

LHDNM berkata, sebagai sebuah agensi utama pemungut hasil negara, ia kekal komited menjalankan amanah yang diberikan tanpa rasa bimbang atau pilih kasih.

Malah, agensi itu sentiasa adil, saksama dan berintegriti kepada semua pembayar cukai serta bertindak berpandukan peruntukan undang-undang percukaian negara secara teratur dan profesional.

”Sehubungan itu, LHDNM ingin menekankan bahawa setiap aktiviti penguatkuasaan termasuk aktiviti pungutan dan guaman sivil dilakukan berlandaskan akta-akta percukaian yang berkuatkuasa, serta berpandukan Rangka Kerja Audit Cukai (RKAC) dan Rangka Kerja Siasatan Cukai (RKSC) yang boleh diakses menerusi portal rasmi LHDNM.

”Sekiranya orang awam, syarikat mahupun pertubuhan tidak berpuas hati dengan taksiran yang dibangkitkan, atau merasakan terdapat kesilapan pada cukai yang dikenakan, rayuan boleh dibuat kepada Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP) dengan mengemukakan Borang Q yang boleh dimuat turun dan dicetak di portal rasmi LHDNM. Borang Q yang lengkap berserta dengan alasan hendaklah dikemukakan ke cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan perayu,” jelasnya.

Sebelum Borang Q dikemukakan kepada PKCP, pembayar cukai boleh berbincang dengan LHDNM melalui platform Prosiding Resolusi Pertikaian untuk mencapai penyelesaian luar mahkamah.

Sekiranya persetujuan luar mahkamah tidak dapat dicapai, Borang Q tersebut akan dikemukakan dan diputuskan oleh PKCP.

Tambah LHDNM, cukai merupakan hasil utama negara ini dan semua pihak wajar menunaikan tanggungjawab masing-masing ke arah Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera. – MalaysiaGazette

PH dakwa PN guna agensi kerajaan sebagai senjata politik untuk tambah sokongan

1 Komen

  1. pHANCING BUAT Lawak antarabangsa..Memang bengong MtPhancing kerana masa mereka 22 bulan dengan menggunakan tommy tomato telah buat pendakwaan tanpa saksi penting..
    Zaman Phancing pun mereka rosakan perundangan Negara Malaysia dan sekarang mereka berlumba2 utk dapat kembali berkuasa supaya dapat memusnahkan perundangan serta rompakan harta/aset2 negara..
    LGE,LKS ,Mat sabu n geng serta Anwar Ibrahim patut dibawa ke Sg Buluh.

Comments are closed.