Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuka atau menutup semua sekolah di negara ini adalah keputusan yang dicapai oleh kementerian dan bukannya keputusan multak menteri.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Jidin berkata ia adakan satu tindakan yang mencabar dan dibuat selepas mengambil kira pandangan serta pendapat diberikan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).