Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan empat lagi kluster baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Kluster-kluster baharu itu adalah Kluster Cyber 72, Kluster Jalan i-Park Tiga, Kluster Jalan Loke Yew dan Kluster Jalan Bukit Bayas yang masing-masing di Johor, Kuala Lumpur dan Terengganu.

Beliau berkata, kluster yang ditemui itu adalah berkaitan tempat kerja dan komuniti.

“Terdapat 467 kluster yang masih aktif dan kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini adalah sebanyak 62 kluster.

“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Industri Sungai Gadut (51 kes), Kluster Industri Subang (36 kes), dan Kluster Kebun Baru (22 kes),” katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia.

Bagaimanapun menurut Noor Hisham, sebanyak sembilan kluster ditamatkan hari ini menjadikan jumlah kluster yang diisytihar tamat adalah sebanyak 736 kluster.

Kluster-kluster itu adalah Kluster Jalan Perindustrian, Kluster Selasih Perindu, Kluster Keladi Saga, Kluster Sri Sengkang, Kluster Jalan Permata, Kluster Jalan Cyber Lima, Kluster Tinanom, Kluster Jalan Waja, dan Kluster Persiaran Hulu, ujarnya. – MalaysiaGazette