Mayat seorang wanita yang ditemui dalam keadaan kesan dijerut pada leher di rumah yang dudukinya pagi tadi di Kajang. Foto: Ihsan IPD Kajang.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita tempatan yang bekerja dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditemui mati disyaki dibunuh.

Menurut saksi, mayat mangsa berusia 30-an ditemui di sebuah bilik di rumah di Taman Bangi, Jalan Reko, Kajang pukul 9 pagi, kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.

“Hasil pemeriksaan awal pada mayat, polis mendapati terdapat kesan jerut pada bahagian leher. Mayat dipercayai telah mati lebih daripada 24 jam sebelum ditemui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd Zaid, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.

Saksi lelaki yang memberikan maklumat penemuan mayat wanita itu adalah dipercayai rakan sekerjanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diseru tampil memberikan keterangan kepada Pegawai Penyiasat kes – Asisten Superintendan Ismail Ahmad di talian 019-230 6107 atau menghubungi mana- mana Balai Polis terdekat bagi membantu siasatan.-MalaysiaGazette