Oplus_16908288

JOHOR BAHRU – Tiga lelaki dan dua wanita yang ditangkap bersekedudukan semasa diserbu Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam sebuah kondominium di sini kelmarin memberi alasan mereka tinggal serumah kerana sewa rumah mahal.

Operasi cegah maksiat JAINJ itu dilakukan pukul 2.10 pagi dan apabila penguat kuasa mengetuk pintu hanya dibuka 5 minit kemudian oleh seorang lelaki berpakaian baju t-shirt lengan pendek.

Pemeriksaan lanjut dalam rumah itu yang mempunyai tiga bilik kemudian menemui dua wanita dan dua lelaki termasuk seorang daripadanya sedang tidur.

JAINJ memberitahu, pemeriksaan penguat kuasa menemukan dalam bilik pertama dan bilik kedua terdapat pakaian lelaki dan wanita dalam satu almari manakala bilik ketiga hanya terdapat satu tilam nipis.

Menurut JAINJ, sosial siasat mendapati mereka semuanya berasal dari kampung, berusia 18 hingga 24 tahun, mengaku masih belum berkahwin dan datang berhijrah ke bandar raya ini untuk bekerja.

JAINJ memaklumkan, mereka bekerja antaranya di kedai salun, kedai makan dan sebagai penghantar makanan serta berkenalan selepas datang ke daerah ini dan seterusnya tinggal serumah.

“Siasatan mendapati rumah berkenaan mempunyai tiga bilik dan dibayar secara kongsi. Mereka mengaku tinggal serumah seramai empat orang iaitu dua wanita dan dua lelaki. Seorang lelaki pula mengaku baru datang ke situ untuk tumpang tidur.

“Apabila ditanya kenapa mereka duduk bercampur satu rumah, mereka jawab, sewa rumah mahal dan terpaksa berkongsi. Ditanya kenapa berkongsi lelaki dan perempuan, lelaki jawab, tiada kawan lelaki yang nak duduk sama,” menurut JAINJ dalam satu kenyataan.

JAINJ memberitahu, kejayaan operasi tersebut yang dilakukan selepas mendapat aduan awam dan juga dibantu pihak pengawal keselamatan supaya lancar.

Tambahnya, mereka menjangkakan tindakan bersekedudukan di kondominium yang mahal itu selamat dan tidak akan diadukan pihak berkuasa JAINJ.

Kelima-limanya ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan khalwat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor dan akan didakwa di Mahkamah Syariah untuk tindakan lanjut.- MalaysiaGazette

Caption gambar: Tiga lelaki dan dua wanita  ditahan selepas dipercayai berkhalwat di sebuah kondominium di Johor Bahru kelmarin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here