Nik Khatijah Nik Mud strangled IKRAM murder Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat
Selangor Criminal Investigation Department Chief, Senior Assistant Commissioner Datuk Fadzil Ahmat

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan untuk siasatan susulan penemuan mayat seorang wanita yang juga kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia di Selangor pagi semalam.

Tangkapan dibuat pada jam 8.45 malam tadi di Kajang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner, Datuk Fadzil Ahmat yang mengesahkan tangkapan itu memaklumkan lelaki itu direman selama enam hari mulai hari ini.

Mayat Nik Khatijah Nik Mud, 32 ditemui di rumahnya di Taman Bangi, dekat Jalan Reko dengan kesan jerut pada bahagian leher.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa dipercayai telah mati lebih daripada 24 jam sebelum ditemui.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian – MalaysiaGazette

Wanita mati dijerut merupakan Pengurus Jabatan Advokasi IKRAM