Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sarawak antara negeri tertinggi mendapat suntikan vaksin Covid-19 sejak program bermula pada 24 Mac lalu.

Sehingga semalam sebanyak 25,271 dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada individu yang berada di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ini diikuti Pahang dengan 15,521 dos, Selangor (15,357); Johor (13,746); Kuala Lumpur (13,681) dan Sabah (13,474).

Kata beliau, Kelantan sehingga semalam merekodkan 13,149 suntikan, manakala Perak 12,952; Kedah (9,358); Terengganu (9,081); Pulau Pinang (6,487); Negeri Sembilan (5,981); Melaka (4,411); Perlis (3,062); Putrajaya (2,573) dan Labuan (2,259).

“Keseluruhannya seramai 166,363 individu termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech setakat ini,” katanya yang dipetik menerusi akaun Facebooknya, hari ini.

Malaysia akan menerima 32 juta dos vaksin Covid-19 keluaran Pfizer-BioNTech dengan keseluruhan penghantarannya akan dibuat tahun ini.

Pfizer akan membekalkan kira-kira 50 peratus dari populasi atau penduduk di Malaysia

Pada masa sama, Malaysia juga akan menerima tiga lagi penghantaran vaksin, iaitu daripada Pfizer-BioNTech pada Khamis ini dan masing-masing 100,000 dos vaksin Sinovac pada Isnin dan Jumaat depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast