Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berucap pada Majlis Menandatangani Perjanjian Jual-Beli Tanah di Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam, Kedah Antara Syarikat Northern Gateway Free Zone Sdn Bhd dan Hartalega NSM Sdn Bhd di Kementerian Kewangan Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 10 MAC 2021.

PUTRAJAYA – Kerajaan Kedah akan membina sebuah loji rawatan air di Kodiang bagi memastikan keperluan air di Zon Sempadan Ekonomi Khas Bukit Kayu Hitam (BKH SBEZ) mencukupi dan berada pada tahap optimum untuk pelabur-pelabur di kawasan tersebut.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tawaran peluang untuk membawa masuk pelaburan pembuatan sarung tangan perubatan oleh Hartalega NSM Sdn. Bhd ke BKH SBEZ merupakan salah sebuah projek impak tinggi di negeri itu.

Jelas beliau, kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan segala keperluan pelaburan dapat dipenuhi.

“Untuk makluman semua, pembangunan di Kota Perdana seluas 4,395 ekar yang sedang dimajukan oleh syarikat Northen Gateway merupakan salah satu komponen dalam agenda Kerajaan Negeri yang lebih besar ke atas pembangunan di kawasan Bukit Kayu Hitam.

“Pembangunan Kota Perdana adalah di dalam Zon Sempadan BKH SBEZ yang seluas hampir 11,800 ekar dan terletak secara streategik di sempadan negara Malaysia-Thailand.

“Selain pembangunan Kota Perdana, projek utama lain yang dibangunkan di kawasan BKH SBEZ adalah Kedah Science & Technology Park (KSTP) dan merupakan hab industri 25 yang memberi fokus kepada sub sektor industri halal, makanan dan logistik rentas sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Majlis Menandatangani Perjanjian Jual Beli Tanah di SBEZ, Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam, Kedah Antara Syarikat Northern Gateway Free Zon Sdn. Bhd. dsb Hartalega NSM Sdn. Bhd. di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (kirii) diiringi Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor (kanan) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Jual-Beli Tanah di Zon Sempadan Ekonomi Khas (SBEZ) Kota Perdana, Bukit Kayu Hitam, Kedah Antara Syarikat Northern Gateway Free Zone Sdn Bhd dan Hartalega NSM Sdn Bhd di Kementerian Kewangan Putrajaya. Foto SYAFIQ AMBAK, 10 MAC 2021.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri komited dalam menyediakan keperluan yang lengkap.

Jelas beliau, untuk terus meluncur laju bersama arus kemodenan keperluan industri masa kini dan masa depan, infrastruktur udara, elekrtik dan gas, kerajaan negeri kini memberi perhatian dalam infrastruktur telekomunikasi dan internet berkelajuan tinggi.

Menurutnya, ia sebagai persediaan penyediaan kemudahan dan fasiliti yang lebih baik kepada pelabur-pelabur ke Kedah khusus ke kawasan BKH SBEZ.

“Sehubungan dengan itu, saya mengalu-alukan pelaburan oleh syarikat Hartalega ke kawasan BKH SBEZ mana-mana masa ini diyakini mampu berperanan sebagai katalis pembangunan di kawasan Bukit Kayu Hitam.

“Kerajaan negeri dengan tangan terbuka mengalu-alukan pelabur-pelabur dari dalam dan luar negara lain yang berminat untuk melabur ke Kedah khas ke BKH SBEZ.

“Pelaburan oleh Syarikat Hartalega, pembangunan Kota Perdana oleh Syarikat Northern Gateway, pembangunan Kedah Science & Techonology Park (KSTP) oleh Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA), Projek Impak Tinggi BKH SBEZ adalah selaras dengan agenda dan strategik yang digariskan oleh Pelan Pembangunan Kedah 2035.

“Ia telah meletakkan daerah Kubang Pasu yang terletak di sana pembangunan sebagai satu Daerah Logistik & llmu,” katanya.

Sementara itu, perjanjian jual beli tanah itu merakamkan detik penting bagi Northern Gateway yang merupakan syarikat milik penuh Menteri Kewangan Perbadankan (MKD) dan selaku pemaju hartanah utama yang telah dipertanggungjawabkan untuk menarik perhatian strategi dan berimpak tinggi ke SBEZ Kota Perdana di Bukit Kayu Hitam, Kedah di samping meningkatkan portfolio peningkatan industri hartanah di kawasan pembangunan sempadan Malaysia-Thailand khas di Kedah. – MalaysiaGazette