Bangunan Lembaga Tabung Haji di Jalan Tun Razak.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) menyambut baik usaha Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia yang berjaya memperolehi 10,000 kuota tambahan semasa pertemuannya dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Salman Abdulaziz Al Saud semalam.

Penambahan kuota haji ini akan memberi peluang kepada lebih ramai rakyat  Malaysia menunaikan ibadat haji serta dapat mengurangkan masa menunggu untuk masa-masa hadapan, katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut TH, saban tahun ia akan membuat persediaan rapi merangkumi pelbagai aspek
di tanah Air dan tanah suci bagi memastikan kelancaran umat Islam melaksanakan rukun Islam kelima. – MalaysiaGazette

Malaysia dapat tambahan 10,000 kuota Haji – Muhyiddin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast