Asmah Long, ibu Ella yang meninggal dunia pada usia 92 tahun.

KUALA LUMPUR – Ratu Rock Malaysia, Ella Aminuddin kehilangan ibu tercinta hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ella atau Nor Zila, berkata ibunya Asmah Long, 92 tahun disahkan meninggal dunia pukul 2.30 pagi tadi.

“Buat makluman, dan mohon didoakan bonda kepada Ella, Hajah Yang Asmah Binti Long yang telah pulang menemui penciptaNya sekitar jam 2.30 pagi tadi .

“Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga beliau di tempatkan di kalangan orang-orang yang solehah,” tulisnya.

Dilaporkan, jenazah ibunya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam tengah hari, tadi.-MalaysiaGazette