MGNews: Pemuda ‘Alza’ Mengaku Salah Langgar Lari Polis

Pasangan kekasih remaja yang viral memandu Perodua Alza biru dan melanggar lari anggota polis dari tempat letak kereta McDonalds di Bandar Baru Bangi pada malam Selasa didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini.

Pemuda berkenaan yang merupakan pekerja kilang bagaimanapun mengaku salah atas dua tuduhan menyebabkan kecederaan dan melakukan khianat ke atas anggota polis semasa melakukan pemeriksaan dalam kejadian 9 Mac lalu.