Nabila Razali.

KUALA LUMPUR – Komen daripada penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun mengenai persembahan Nabila Razali pada Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) malam tadi mencuri perhatian ramai apabila mengundang kecaman netizen.

Ini kerana Hafiz menerusi laman Twitter miliknya berkata, Nabila telah membazirkan peluang kedua yang dimilikinya.

“Peluang kedua adalah peluang yang paling teruk jika dibazirkan. Dan ia baru sahaja dibazirkan,” tulisnya.

Sejak malam tadi, hangat diperkatakan di laman Twitter mengenai persembahan Nabila di AJL35 yang dikatakan terkucil ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Netizen berpendapat sepatutnya para artis memberi sokongan terutama kepada rakan seperjuangan dan menyifatkan tindakan Hafiz itu memalukan.

Bagaimanapun, rata-rata netizen berkata, itu hanya pendapat peribadi daripadanya kerana golongan artis juga berhak memberikan komen sesama mereka.

Namun, ada netizen yang berkata tidak salah untuk memberikan komen namun cara Hafiz itu dikatakan tidak profesional.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast