Friday, April 19, 2024
Home Sukan Ronaldo kini penjaring gol terbanyak dunia

Ronaldo kini penjaring gol terbanyak dunia

Cristiano Ronaldo
LONDON – Bintang sensasi, Cristiano Ronaldo berjaya memintas jumlah jaringan legenda Brazil, Pele untuk menjadi penjaring gol terbanyak dalam sejarah dunia bola sepak.
Ronaldo mencipta rekod baharu selepas membantu Juventus mengalahkan Cagliari 3-1 dalam saingan Serie A dan merekodkan 770 gol sepanjang kariernya.
Pele beraksi selama 18 tahun bersama Santos sebelum bermain di Amerika Syarikat pada 1975 menjaringkan 757 gol sepanjang kariernya selain membantu Brazil memenangi tiga Piala Dunia.
Ini setelah dia meledak 10 gol lagi yang boleh dikira dalam statistik rasmi yang mana sembilan daripadanya buat Sao Paulo State dan satu lagi buat Pasukan Ketenteran Brazil.
Oleh itu, Ronaldo perlu menunggu hingga melepasi 767 gol untuk meraikannya.
Pele menggunakan akaun Twitter rasminya untuk mengucapkan tahniah kepada bintang Portugal berusia 36 tahun itu.
“Cristiano, sungguh hebat perjalanan yang anda lalui!” kata Pele menerusi akaun Twitter. – MalaysiaGazette