Satu lagi kajian klinikal membabitkan vaksin Covid-19 diluluskan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) pada 28 Mei lalu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR -Seramai 346,508 individu telah menerima vaksin Covid-19 dos pertama.

Itu jumlah direkodkan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) setakat semalam.

Berdasarkan jumlah yang sama, Selangor menjadi penerima vaksin tertinggi iaitu 41,913 diikuti Perak sebanyak 39,404 dan Sabah 33,966 individu.

Sarawak pula mencatatkan sebanyak 32, 465 individu manakala 31,740 penerima vaksin di Kuala Lumpur.

Selain itu negeri-negeri lain seperti Johor (26,185), Pahang (25,933), Kedah (23,871), Pulau Pinang (20,393), Kelantan (16,541), Terengganu (15,725), Negeri Sembilan (14,489), Melaka (9,120),

Ia diikuti Perlis (8,038), Putrajaya (4,383) dan Labuan 2,342.

Untuk rekod, dos kedua vaksin Covid-19 bagi fasa pertama akan mula diberikan hari ini.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast