KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan sembilan kluster baharu Covid-19, dengan lima daripadanya membabitkan tempat kerja, tiga berkaitan komuniti dan satu lagi kluster pusat tahanan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster baharu itu dikesan di Selangor, Johor, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak.
Katanya, terdapat 428 kluster aktif dengan pertambahan kes baharu di 66 kluster.
“Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Depot Imigresen Semuja (99
kes), Kluster Jalan Wawasan Sembilan (47 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (32 kes),” katanya menerusi kenyataan mengenai situasi terkini Covid-19, hari ini.
Dr. Noor Hisham berkata, kluster-kluster baharu tersebut adalah, Tapak Bina Persiaran Setia, Tapak Bina Persiaran Sunsuria, Jalan Wawasan Sembilan, Melamam, Jalan Asuhan, Sungai Atap, Kampung Padang Tembak, Bunga Tanjung Bendahara dan Depot Imigresen Semuja.
Tambahnya, sebanyak 10 kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Kampung Jawek, Kluster Jalan Usaha Satu, Kluster Jalan Seelong, Kluster Jalan Gemilang Lima, Kluster Kampung Tandak, Kluster Gong Nering, Kluster Taman Mahkota Impian, Kluster Matambai, KlusterKejuruteraan Subang Baru, dan Kluster Tapak Bina
Jalan Valdor. – MalaysiaGazette