Foto Instagram Serina.

KUALA LUMPUR – Cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan mengakui masih trauma dengan insiden perkahwinan menimpa anak perempuannya.

Menerusi satu perkongsian di Instagram miliknya, Cef Wan mendedahkan Serina memberitahu sudah bertemu calon yang tepat dan meminta izin untuk berkahwin sebelum raya tahun ini.

“Dia kata “Papa saya dah bertemu dengan lelaki yang baik, kami sudah mengenali satu sama lain selama hampir setahun. Sekiranya boleh, saya ingin menikah sebelum hari raya puasa, boleh tak kami berdua bertemu dengan papa?

“Jadi dua hari lalu mereka datang. Secara neutralnya sebagai bakal bapa mentua saya ada banyak soalan terutamanya selepas peristiwa teruk yang berlaku pada perkahwinan pertama anak saya.

Bagaimanapun, selepas bertemu dengan calon menantunya, Cef Wan dapat merasakan dia merupakan seorang lelaki yang baik.

Namun, Cef Wan tetap menasihatkan pasangan itu supaya tidak terburu-buru membuat keputusan memandangkan kedua mereka pernah gagal dalam perkahwinan sebelum ini.

“Sabahlah dahulu jika nak kahwin pun dan ambil masa untuk lebih mengenali antara satu sama lain. Zaman kini anak muda nak kahwin macam kacang putih. Lepas tu tak ska, bercerai macam tukar pakaian isteri.

“Yang menanggung segala drama, malu adalah ibu bapa. Dulu kita dah lah habis kahwin kan baik-baik tapi luncai akhirnya, itu sebab saya kurang setuju nak kahwin sebelum raya,” katanya. – MalaysiaGazette