MGNews : Tiada Cadangan Perkenal Cukai Baharu – Tengku Zafrul

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak bercadang untuk memperkenalkan sebarang cukai baharu ketika ekonomi negara di ambang pemulihan selepas terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menerangkan perkara itu memberitahu, kini bukan masa yang sesuai untuk memperkenalkan sebarang bentuk rejim cukai baharu.