Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Walaupun setahun telah berlalu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih berjuang untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah berkata, insya Allah dengan kepatuhan semua kepada prosedur operasi standard (SOP), negara akan menang menangani wabak ini.

Dalam hantaran di Facebook, Dr Noor Hisham menzahir ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas penghargaan yang diucapkan semasa perutusan khas mengenai Covid-19 pada 16 Mac 2020.

Dalam ucapan itu, Perdana Menteri berkata: ”Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua petugas kesihatan, penjawat awam dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus bekerja siang dan malam untuk membendung wabak ini”.

Menurut Dr Noor Hisham, sesungguhnya semua warga KKM dari pelbagai skim perkhidmatan yang berkhidmat di segenap pelusuk negara menghargai ucapan Perdana Menteri dan akan terus berkhidmat untuk negara. – MalaysiaGazette