Datuk Seri Mahdzir Khalid. foto FAREEZ FADZIL, 03 OGOS 2020.

KUANTAN – Tenaga Nasional Berhad (TNB) Pahang mencatatkan kerugian berjumlah RM5.5 juta akibat kegiatan haram perlombongan bitcoin untuk tempoh 2018 hingga tahun lalu.

Pengerusi TNB, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya menyerahkan isu tersebut kepada polis dan akan sentiasa memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat untuk tujuan siasatan.

“Hanya PDRM berkuasa, TNB tidak mempunyai bidang kuasa menyiasat kerana hanya menjalankan berkaitan pemotongan bekalan elektrik.

“Pihak TNB sentiasa bekerjasama dengan PDRM dalam menangani kegiatan sindiket melombong bitcoin,” katanya kepada media selepas Program Ceria Ke Sekolah TNB di sini, hari ini.

Program tersebut melibatkan sekolah di 14 kawasan Parlimen Pahang.

Ketika ditanya mengenai diskaun bil elektrik akan dilanjutkan sehingga tiga bulan, Mahdzir berkata, setelah perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Suruhanjaya Tenaga ia akan disambung hingga Jun ini.

“Ia sebahagian daripada program kerajaan yang dimulakan sejak Covid-19 tahun lalu yang ada rebate hingga 31 Mac untuk pengguna dan kita sambung lagi seperti yang dinyatakan oleh YAB Pendana Menteri.”- MalaysiaGazette.