Vaksin AstraZeneca . foto agensi

TAIPEI – Taiwan telah selesai melakukan pemeriksaan pada kumpulan pertama vaksin AstraZeneca dan akan memulakan vaksinasi pada isnin hadapan.

Menteri Kesihatannya, Chen Shih-chung berkata, vaksin AstraZeneca yang pertama sebanyak 117,000 dos telah tiba pada awal bulan ini, namun masih belum diberikan.

“Vaksin yang diterima adalah dari sebuah kilang Korea Selatan, dan kami sudah mula melakukan pemeriksaan terakhir melalui Pentadbiran Makanan dan Dadah Taiwan.

“Ia bertujuan bagi membolehkan vaksinasi dimulakan seawal hari Isnin hadapan.

“Kira-kira 60,000 orang telah bersedia untuk mendapatkan vaksinasi yang pertama,” katanya dalam sebuah kenyataan video.

Pada bulan Disember, Taiwan telah bersetuju untuk membeli hampir 20 juta dos vaksin termasuk 10 juta daripanya adalah vaksin AstraZeneca. -MalaysiaGazette