Samia Suluhu Hassan. foto agensi

DODOMA – Samia Suluhu Hassan merupakan pemimpin wanita muslim pertama yang menjadi presiden Tanzania.

Ia susulan kematian mendadak bekas presiden, John Magufuli baru-baru ini.

Samia, 61, sebelum itu menjawat jawatan sebagai wakil presiden.

Pada tahun 2000, beliau menjadi penjawat awam namun mula dikenali ramai pada tahun 2014 ketika beliau menjadi Ketua Majlis Konstituen yang ditugaskan untuk menyusun perlembagaan baharu di negara itu.

Mengulas lanjut, seorang ahli parlimennya, January Makamba berkata, daripada segi keperibadian Samia berbeza dengan Magufuli di mana beliau lebih lantang, berani serta bertimbang rasa.

“Saya telah memerhatikan etika kerjanya, beliau merupakan seorang pemimpin yang berkebolehan,” katanya dalam kenyataan British Broadcasting Corporation (BBC).

Untuk rekod, bekas Presiden Tanzania, John Magufuli meninggal dunia selepas khabar angin mendakwa beliau dijangkiti Covid-19 baru-baru ini. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN :

https://malaysiagazette.com/2021/03/18/presiden-tanzania-meninggal-dunia-selepas-spekulasi-dijangkiti-koronavirus/

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast