cockeyed molest GrabFood rider Tamarind Square Cyberjaya
ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof

KUALA LUMPUR – Siasatan kes sebilangan orang kenamaan dan pemimpin politik yang didakwa melanggar prosedur operasi standard dan merentasi negeri untuk menghadiri majlis perkahwinan di Seremban Negeri Sembilan hujung minggu lalu telah dirujuk kepada Bukit Aman untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah memulakan inkuiri berkaitan selepas menerima aduan mengenainya dan masih dalam proses merakam keterangan penganjur majlis perkahwinan itu.

Katanya, Ibu Pejabat Polis Kontenjen (IPK) Selangor telah mencadangkan supaya kes berkenaan dirujuk dan disiasat oleh Bukit Aman.

“Benar kita telah merujuk siasatan kes pemimpin politik didakwa merentas negeri dan hadir ke majlis perkahwinan di Seremban kepada Bukit Aman.

“IPK Selangor mencadangkan Bukit Aman membuka kertas siasatan ke atas beberapa pemimpin politik yang didakwa melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) merentas negeri dan menghadiri majlis perkahwinan.

“Itu cadangan yang diterima dari IPK Selangor, yang mana Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah JSJ Bukit Aman mengambil alih dan buka kertas siasatan dalam kes ini atau daerah (IPD Seremban) buat siasatan sendiri.

“Oleh demikian kes pun telah dirujuk kepada Bukit Aman, kini kita hanya menunggu arahan selanjutnya dari mereka ( Bukit Aman) untuk tindakan susulan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel berkaitan: Rentas negeri: Polis akan panggil penganjur majlis perkahwinan

Semalam dalam perkembangan sama, Wan Kamarul mengesahkan menerima laporan polis dari wakil Parti Perjuangan Muda (Pejuang) yang mendesak siasatan ke atas dakwaan beberapa pemimpin politik itu yang melanggar SOP merentas negeri dan menghadiri perkahwinan.

Gambar-gambar memaparkan kehadiran para pemimpin itu ditularkan dalam media sosial sejak Isnin lalu sebelum telah dipadamkan pada keesokan harinya.

“Kami juga dalam proses memanggil dan merakam keterangan penganjur majlis perkahwinan itu (Datuk Seri Jalaluddin Alias),” ujarnya tanpa memperincikan sama ada kenyataan selesai diambil daripada individu itu atau sebaliknya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast