ACP Beh Eng Lai
KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga Perancis dan seorang wanita  Denmark ditahan awal pagi tadi di sebuah kondominium di Jalan Segambut, Kuala Lumpur kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah
Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Sentul yang menjalankan pemeriksaan di kediaman pasangan ini merampas dadah jenis Ganja (AB:2.05 gram).
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek lelaki positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).
Manakala, suspek wanita negatif dadah.
Suspek lelaki kini ditahan reman selama empat hari bermula 20 hingga 23 Mac 2021 dan suspek wanita ditahan reman selama sehari.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih dari RM20,000.00 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette