KUALA LUMPUR – Seramai 413,255 individu sudah divaksinkan sehingga semalam, dengan 402,650 daripadanya menerima dos pertama vaksin Sinovac.
Mengikut data daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), dari jumlah kumulatif itu juga 10,605 rakyat negara ini sudah melengkapkan kedua-dua suntikan vaksin Pfizer-BioNTech dalam Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa pertama.
Menurutnya, Selangor mencatatkan pemberian vaksin tertinggi iaitu 52,971 individu menerima dos pertama dan 369 dos kedua.
Diikuti Perak 48,136 dos pertama dan 713 dos kedua, Sabah 40,134 dos pertama (591 dos kedua) serta Kuala Lumpur 35,751 dos pertama (565 dos kedua).
Sarawak pula 33,788 dos pertama (4,848 dos kedua), Pahang 30,320 dos pertama (2,549 dos kedua), Johor 29,238 dos pertama (74 dos kedua) dan Pulau Pinang 26,879 dos pertama (328 dos kedua).
Kedah seramai 26,265 dos pertama (enam doa kedua), manakala Kelantan hanya 18,977 dos pertama, belum ada dos kedua, termasuk Negeri Sembilan 17,279 dos pertama.
Terengganu sehingga semalam, 15,726 dos pertama (enam dos kedua), Melaka 10,716 dos pertama (187 dos kedua), Perlis 9,526 dos pertama (156 dos kedua), Putrajaya 4,601 dos pertama (85 dos kedua) dan Labuan 2,343 dos pertama (127 dos kedua).
Sementara itu, pendaftaran di MySejahtera pula sudah mencapai 6,084,588 individu atau 25.1 peratus sehingga jam 11.59 malam tadi dengan Selangor merekodkan pendaftaran tertinggi, iaitu 1,752,233.
Johor pula 775,342 individu, Kuala Lumpur (541,489), Sarawak (475,768) dan Pulau Pinang (439,427).
Perak 424,758, Kedah (309,921), Sabah (274,438), Negeri Sembilan (247,803) dan Pahang (236,414).
Melaka 191,823, Kelantan (161,627), Terengganu (152,322), Putrajaya (42,291) dan Labuan (20,507). – MalaysiaGazette