Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri meninjau LRA Pulau Bahagia, Manir yang mula beroperasi pada 18 Mac lalu.

TERENGGANU – Kerajaan negeri ini komited untuk menyiapkan sekurang-kurangnya dua lagi projek Loji Rawatan Air (LRA) menjelang Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri menyasarkan tiga LRA dengan satu LRA sudah mula beroperasi Khamis lalu dan dua lagi dijangka Mei ini.

Menurutnya, semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor telah diarah memberikan kerjasama penuh bagi menyiapkan kerja pembinaan di tapak termasuk kawasan bandar.

“Saya sempat meninjau perkembangan LRA Pulau Bahagia, Manir yang telah beroperasi pada Khamis lalu.

“Loji ini satu daripada tiga LRA baharu yang akan membekalkan 100 juta liter air untuk kegunaan kira-kira 100,000 penduduk,” katanya yang dipetik menerusi akaun Facebooknya semalam.

Ahmad Samsuri berkata, loji sedia ada hanya mampu menampung jumlah akaun yang wujud hingga tahun 2012 sahaja.

Katanya, selepas sembilan tahun, pengguna bertambah, pembangunan meningkat dan memberi kesan kepada pengguna sedia ada. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast