Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

PETALING JAYA – Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, punca tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) disebabkan seorang pemimpin yang tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri (PM).

Beliau berkata, orang itu telah menunggu selama 20 tahun untuk menjadi PM dan pengumumannya dari semasa ke semasa bahawa beliau akan menjadi PM juga mewujudkan keadaan tidak stabil yang menakutkan pelabur asing.

Keadaan itu seterusnya memaksa Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan sekali gus membawa kepada satu krisis politik.

“Kenapa salahkan kami? Ini merupakan satu krisis yang berlaku selepas Dr. Mahathir meletak jawatan.

“Kami mendapat sokongan yang mencukupi, menghadap Yang di-Pertuan Agong dan seterusnya membolehkan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi PM,” katanya kepada Sinchew Daily.

Menurut Mohamed Azmin, jamuan di Hotel Hilton sebenarnya hanyalah bertujuan untuk berterima kasih kepada ahli-ahli Parlimen.

“Sehingga 28 Februari, kami sebenarnya masih berusaha mengumpulkan sokongan buat Dr. Mahathir tetapi ia tidak berjaya.

“Memandangkan Dr. Mahathir tidak dapat mengumpul nombor yang diperlukan, maka kami terpaksa menyokong Muhyiddin,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, beliau akan menulis sebuah buku untuk mencerita keadaan sebenar.

Mengenai gesaan supaya mesyuarat Dewan Rakyat diadakan, beliau berkata, ia boleh dijalankan sebaik sahaja situasi Covid-19 berjaya dikawal.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. baru skrg ko nak terangkan??
    dah menggelabah bila nmpk sokongan makin teruk?
    skrg nak salahkan org lain pulak atas BODOH sendiri?
    org semua dah bijak la,dah boleh nilai mana baik mana buruk mana BODOH,
    sibuk duk buruk2kan org lain,tapi diri sendiri lebih teruk,

Comments are closed.