Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases deaths Malaysia
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,116 kes positif baharu Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih lagi mencatatkan jumlah kes positif harian tertinggi dengan 403.

Katanya, daripada jumlah tersebut, sebanyak 337 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 158 kes dan Sarawak sebanyak 77 kes.

“Kes-kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (55 kes), Kluster Tembok Tapah (8 kes), Kluster Tembok Taiping (6 kes), Kluster Jalan Awang (2 kes), Kluster DTI Machap Umboo (2 kes), Kluster DTI Sepang 2 (1 kes), Kluster Telok Mas (1 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes),” katanya menerusi kenyataan berkenaan situasi Covid-19 hari ini.

Noor Hisham memberitahu, berdasarkan pecahan sebanyak 1,108 kes positif baharu hari ini merupakan penularan tempatan manakala lapan lagi adalah kes import.

Katanya, kes aktif pula merekodkan sebanyak 14,134 kes yang mana 156 daripadanya dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 60 kes lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tambah beliau, kes sembuh baharu pula mencatatkan jumlah sebanyak 1,495 dengan jumlah yang pulih setakat ini 318,784 kes.

Bagaimanapun, terdapat lima lagi kematian menjadikan jumlah kumulatif meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia kini sebanyak 1,238 kes. – MalaysiaGazette