Kerja-kerja siasatan sedang dijalankan di tapak lokasi kemalangan oleh beberapa agensi.

KUALA LUMPUR – Beberapa agensi sedang bertungkus lumus untuk memastikan proses menyelamat, pengalihan dan
pembaikan di tapak projek Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dijalankan dengan sempurna dan selamat.

Pihak yang terlibat ialah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), pasukan Bomba, Polis Diraja Malaysia serta jurutera perunding.

Sehubungan itu, semua pihak sedang berusaha sedaya upaya memastikan keselamatan penduduk, pengguna jalan raya serta pekerja di sekitar kawasan tapak pembinaan.

Proses yang rumit ini akan mengambil masa demi memastikan aspek- aspek keselamatan dipenuhi.

Pada masa yang sama siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) dan SUKE akan memberi kerjasama penuh dalam mengenal pasti punca kejadian
sebenar.

Sebarang tindakan susulan yang bakal diambil adalah bergantung kepada hasil siasatan oleh pihak berkuasa.

”Kami juga akan memastikan kebajikan dan keadaan mangsa serta keluarga yang terlibat diberikan perhatian yang sewajarnya,” kata Prolintas.

Ahli pengurusan dan Lembaga Pengarah Kumpulan Prolintas memandang serius tentang isu keselamatan awam dan pekerja-pekerja di tapak pembinaan dan akan mengambil tindakan yang tegas terhadap pihak yang terbabit jika didapati sebarang
elemen kecuaian selepas siasatan dijalankan.

Bagaimanapun, Prolintas mengalu-alukan komen, pandangan dan kritikan daripada pelbagai pihak berkaitan insiden yang berlaku sebelum ini dan semalam.

Bagaimanapun, sebarang komen yang berunsur hasutan, serangan peribadi dengan penggunaan bahasa yang kurang
sopan serta mencela tidak akan membantu keadaan, ujar syarikat itu. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sebijik bolt & nuts sahaja jatuh dari ketinggian tersebut boleh meranapkan kepala seseorang! Bayangkan hanging objek yang lebih besar dari itu?

    Perlu ada 3rd party badan profesional safety yang verify samada tempat itu selamat atau tidak, safe condition samada kepada orang awam atau pekerja? Itu yang sebaiknya?

Comments are closed.