Ketua Eksekutif PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed (dua kiri) hadir memberi sokongan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) yang hadir bagi temu duga berikutan lebih 600 peluang pekerjaan ditawarkan di Mini Karnival Penjana Kerjaya Kementerian Sumber Manusia untuk OKU di Dewan Kenangan, Wisma Perkeso, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 MAC 2021.

UALA LUMPUR – Sebanyak 659 jawatan kosong ditawarkan untuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pada Mini Karnival Penjana Kerjaya Kementerian Sumber Manusia anjuran Pertubuhan Keselmatan Sosial (Perkeso) yang berlangsung hari ini.

Ketua Eksekutifnya Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, mini karnival ini merupakan langkah kerajaan untuk membantu rakyat khususnya OKU semasa pandemik ini.

Antara peserta yang sedang menjalani sesi temu duga bersama majikan ketika hadir ke Mini Karnival Penjana Kerjaya Kementerian Sumber Manusia untuk OKU di Dewan Kenangan, Wisma Perkeso, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 MAC 2021.

Antara  jawatan yang ditawarkan di sekitar Lembah Kelang adalah Pegawai Khidmat Pelanggan, Pegawai Pusat Panggilan, pekerja restoran dan spa dengan gaji permulaan dari RM1,200 hingga RM2,000 sebulan.

Sebanyak lapan majikan turut menyertai sesi temuduga secara bersemuka dan atas talian.

Justeru beliau berharap lebih banyak majikan akan mendaftarkan diri dalam Mini Karnival ini seterusnya memberi peluang golongan OKU untuk bekerja.

Menurutnya, majikan yang menggaji OKU layak menerima insentif sehingga RM36,000 bagi tempoh enam bulan menerusi Program Penjana Kerjana 2.0.

 

Golongan orang kurang upaya (OKU) yang menunggu giliran untuk di temu duga ketika hadir ke Mini Karnival Penjana Kerjaya Kementerian Sumber Manusia untuk OKU di Dewan Kenangan, Wisma Perkeso, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 MAC 2021.

Majikan juga boleh menghantar pekerja OKU untuk menjalani latihan yang ditanggung oleh Perkeso.

Setakat 11 pagi tadi, seramai 12 daripada 60 OKU yang datang pada mini karnival telah diterima bekerja.

Mohammed Azman memberi jaminan, Mini Karnival Penjana Kerjaya ini akan diadakan dari aemasa ke semasa demi memastikan golongan rentan di seluruh negara mendapat pekerjaan selayaknya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast