Director-General of Health, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette
Director-General of Health, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. PIX: MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti empat kluster baharu hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, dua kluster melibatkan kluster tempat kerja dan balinya adalah kluster komuniti dan kluster kumpulan berisiko tinggi.

Dua kluster tempat kerja itu adalah Kluster Jalan Wawasan Dua di Batu Pahat melibatkan 24 kes dan Kluster Industri Permata Dua di Nilai, Negeri Sembilan, ujarnya.

“Kluster Permata Dua melihatkan tiga buah kilang yang terletak di Jalan Permata 2, Arab Malaysian Industrial Estate, Nilai, Seremban.

“Sehingga 24 Mac, sejumlah 334 individu telah disaring, di mana 51 kes,” kata Dr. Noor Hisham.

Menurut beliau, Kluster kumpulan berisiko tinggi dikesan di daerah Kuala Langat, Klang, dan Petaling di Selangor.

Tambahnya, Kluster Jalan Alam melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Jalan Sultan Alam Shah, Banting menjangkiti 16 individu manakala Kluster Chupak yang dikesan di daerah Serian dan Samarahan di Sarawak.

“Kluster Komuniti itu melibatkan komuniti di Kampung Chupak, Siburan, Serian.

“Sehingga 24 Mac, sejumlah 338 individu telah disaring, di mana 57 kes dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya. – MalaysiaGazette