Zon hijau yang dikategorikan sifar jangkitan Covid-19 selama 14 hari turun secara mendadak di Semenanjung Malaysia bulan ini selepas mencatatkan 11 zon hijau pada pertengahan Februari.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Zon hijau yang dikategorikan sifar jangkitan Covid-19 selama 14 hari turun secara mendadak di Semenanjung Malaysia bulan ini selepas mencatatkan 11 zon hijau pada pertengahan Februari.

Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan semalam menunjukkan hanya enam kawasan dikategorikan sebagai zon hijau dengan dua di Hulu Perak dan Kampar dan masing-masing satu zon di Yan di Kedah, Gua Musang di Kelantan, Cameron Highlands di Padang dan Jelebu di Negeri Sembilan.

Sementara itu, 34 zon kuning direkodkan semalam dengan empat zon di Perak dan Terengganu, enam di Kedah, tiga di Kelantan dan Negeri Sembilan, lapan di Pahang, masing-masing dua di Melaka dan Johor, satu zon kuning di Selangor manakala seluruh Perlis dengan tiga kes Covid-19.

Daerah Perak Tengah merekodkan 10 kes, Batang Padang (16), Muallim (3) dan Kuala Kangsar empat kes.

Daerah Kubang Pasu dan Pendang pula dua kes, Padang Terap (4), Langkawi (1), Bandar Baru (10), dan Sik satu kes.

Di Kelantan tertinggi adalah Kuala Krai dengan 12 kes, Jeli 9 dan Machang 5.

Daerah Besut di Terengganu pula 18 kes, Kuala Nerus 13 kes, Setiu dengan 2 dan Hulu Terengganu dua kes.

Pahang pula menyaksikan daerah Temerloh dengan 17 kes, Jerantut (4), Pekan (2), Bentong (5), Bera (5), Lipis (6), Maran dan Raub masing-masing dengan tiga kes.

Daerah Port Dickson di Negeri Sembilan mencatatkan 14 kes, lapan kes di Kuala Pilah dan satu kes di Jempol.

Sementara itu daerah Segamat di Johor dengan 19 kes, dan Mersing 13 kes manakala Jasin 14 kes dan Alor Gajah 10 kes di Melaka.

Negeri Selangor mencatatkan satu zon kuning dengan Sabak Bernam dengan 10 kes manakala lapan lagi daerahnya masih di zon merah.

Hulu Langat mencatatkan kes tertinggi dengan 2,288 kes, Petaling 1,794, Gombak 453, Klang 836, Kuala Selangor 151, Kuala Langat 522, Sepang 619, dan Hulu Selangor dengan 109 kes.

Sabah mencatatkan hanya lima zon merah direkodkan di negeri itu dengan Keningau mencatatkan kes tertinggi dengan 238 kes.

Tawau dengan 98 kes, Kita Kinabalu 78, Kota Belud 43, Nabawan 42 kes.

Bagaimanapun, 16 zon di negeri itu kini dikategorikan sebagai zon kuning antaranya Lahad Datu (7), Kinabatangan (9), Tuaran (9), Beaufort (1), Kunak (7), Sipitang (20), Putatan (20), Papar (5), Ranau (10), Penampang (18), Tambunan (14), Kudat (16), Kota Marudu (11), Tenom (7), Telupid (8) dan Beluran (4).

Sementara itu, Labuan masih dikategorikan zon jingga dengan 31 kes positif Covid-19.

Sepuluh zon hijau direkodkan di Sarawak semalam antaranya daerah Simunjan, Lawas, Pakan, Asajaya, Daro, Lubok Antu, Matu, Beluru, Kabong, dan Marudi. – MalaysiaGazette