KUALA LUMPUR – Sebanyak 22 buah syarikat pelancongan tempatan termasuk anak syarikatnya Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd (THTS) telah diberi lesen oleh Lembaga Tabung Haji untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi tahun 2021.

Berikut adalah senarai PJH:

1. TH TRAVEL & SERVICES SDN. BHD.
2. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
3. ALIF TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
4. AL-BALAD TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
5. AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
6. BATUTA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
7. C.S HOLIDAYS SDN. BHD.
8. CITRA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
9. EIMAN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
10. GEMILANG TRAVEL AND TOURS SDN. BHD.
11. JAD TRAVEL & TOURS (M) SDN. BHD.
12. JUARA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
13. MASAMAS TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
14. MIMM TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
15. MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
16. RAYHAR TRAVELS SDN. BHD.
17. SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN SDN. BHD.
18. TM TOURS & TRAVEL SDN. BHD.
19. TRI-D TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
20. UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE HOLIDAYS SDN. BHD.
21. WIRA SAUJANA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.
22. ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

Menurut Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman, pelantikan 22 PJH ini adalah sebahagian daripada pelan persediaan awal haji yang dilakukan oleh TH.

”Setakat hari ini, Kerajaan Malaysia dan TH masih lagi menunggu makluman rasmi berkaitan urusan haji untuk tahun 1442H/2021M daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

”Oleh itu, semua PJH yang dilesenkan tidak dibenarkan lagi mengeluarkan sebarang iklan pakej-pakej haji sehingga
kebenaran rasmi dikeluarkan oleh TH,” kata Syed Saleh.

Beliau turut mengingatkan mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh kelulusan daripada TH adalah menjadi satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Oleh itu, TH berharap orang ramai sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana TH tidak pernah melantik mana-mana individu sebagai ejen dalam hal-hal berkaitan tawaran haji dan pakej haji.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan Tabung Haji (THCC) di talian 03-6207 1919. – MalaysiaGazette